background

Monday, February 18, 2019

Slip Disk - RF Treatment - Perlukah?

Assalamualaikum,

Fuhh lamanya tak blogging, rindu betul nak menjengah ke sini. 

Bebaru ni aku sebenarnya baru lalui 1 sesi rawatan tulang yang mana aku sebelum ni memang dah di diagnose sebagai pesakit PID (Prolapes Intervertebral Disc) atau bahasa pasarnya Slip Disc.

Untuk kes aku agak kronik gak sebab aku bukan 1 part sahaja tulang yang problem. Total sekarang Disc aku yang problem adalah 6. 3 kat atas, C4,C5,C6 dan bawah L4,L5 dan S1. Tapi yang teruk  adalah part S1.

Memang diikutkan slip disc ni memang seksa la hidup seharian kita. Bangun pagi pun kita akan rasa lemau. Rasa lemah badan. Sepatutnya time tido adalah time dimana kita rasa selesa dan untuk rehat kan? Tapi bagi pesakit slip disc ianya jadi sebaliknya. Posisi tidur pun kena ambil kira sekali semuanya supaya dapat jugak la kualiti tidur tu.

So nak dijadikan cerita, masa aku ke Melaka awal bulan 12 hari tu aku tergelincir kat toilet hotel. Memang terlentang habis. Sakit? Masa tu aku tak rasa sakit sangat. Sekadar sengal-sengal biasa. Masa tu aku tak fikir langsung pasal slip disc aku. Cumanya masa tu aku nampak ada lebam kat lengan kanan dan peha kanan aku. Aku memang gunakan bahagan kanan badan aku untuk menampung berat aku masa tu.

Sakit tu bukan sekejap tu rupanya. Aku ingatkan panas hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Haaa githew.

Lepas beberapa minggu aku mula rasa sengal. Aku mula rasa sakit. So aku ingat aku sakit biasa. Iye la slip disc kan. Semakin hari semakin sakit pulak aku rasa. Sampaikan tangan dan kaki akan kebas selang beberapa minit. Kebas elok, kebas elok. Aku dah tak boleh duduk lama. Aku dah serba tak kena. 

So aku decide untuk urut. Untuk betulakan balik badan aku. Selalunya, lepas aku urut aku akan lega. Aku akan rasa kurang sakit especially kat bahagian shoulder aku ni. Tapi kes kali ni memang rare. Memang lain gila sakitnya. Makin hari makin bertambah sakit aku.

Aku decide cari Orthopedic yang sesuai kali ni. Sebab sebelum ni aku ada jumpa Spine Surgeon kat salah sebuah hospital KPJ. Tapi aku rasa tak berbaloi aku bayar dia. Kurang friendly dan bila aku sakit dia akan kata itu biasa.

Setelah mencari merata, aku decide kali ni aku nak carik Ortho yang fokus on spine surgeon wanita pulak. Kita cuba ortho perempuan pulak kali ni. Lebih selesa untuk aku cerita apa masala aku dan dia pun selesa nak sentuh aku sana sini.

Google punya google aku jumpa Dr. Zanariah dari Pusrawi KL. Here we go.

Masa 1st time aku jumpa dia, aku dapat rasa positive vibe yang dia cuba sampaikan pada aku. Aku pun cerita A sampai Z masalah aku. Dan kebetulan masa tu aku bawak jugak sekali MRI report aku sebelum ni.

Doktor pada mulanya tak nak tengok lagi MRI aku. Dia just suh aku cerita apa masalah aku sekarang ni. Apa yang aku rasa dan aku alami. Later baru dia akan review MRI aku.

Sebab serius talk, masa aku dapat MRI tu dulu memang sampai kesudah aku tak tau apa result dia. Aku tak tau apa finding sebenar MRI aku. Tulang aku macam mana apa semua. Sampai la aku bawak MRI aku ke Chiro dan aku pergi ke Klinik Kesihatan. Dan both of source kata tulang aku agak teruk.

Masa aku jumpa Chiro tu dia siap explain leher aku tak normal. Dah macam leher orang tua. Terlalu tegak dan tegang. Korang bayangkan Ortho korang yang sepatutnya explain tapi aku tak dapat benda tu dari ortho aku sendiri.

Uissshhh penat.

TBC untuk PART 2 ye.

Tunggu.

xoxo,

Kok Na


Thursday, April 23, 2015

Instant Shawl For Kids

Bismillahirahmanirahim...

Mama baru je launch Instant Shawl untuk anak gadis mama....

Disebabkan mama ada 2 anak dara yang suka sangat bergaya mendiva setiap masa....makanya diaorg tak berapa nak layan sangat tudung sarung tu ke....paling cikai nak sarung SYRIA.....tapi hari-hari dok bebel mintak mama lilitkan shawl...nak jugak mendiva macam mama....

So dengan idea ni...mama realisasikan impian gadis-gadis comel mama...

Jom LIKE page kat
  FB (Sufiya Hijabista Princess) and follow IG https://instagram.com/sufiyaprincessshawl/(Sufiyaprincessshawl)

doakan mama and the sufiyas berjaya....

Thank you semua...





Friday, April 17, 2015

Tips memilih Taska...

Sebelum ni kita bezakan taska dan pengasuh kan....jom kita dapatkan tips macam mana nak dapatkan taska yang terbaik untuk anak-anak...

Sekarang kita sedia maklum macam-macam jenis taska yang wujud sekarang...yang jenis sambil lewa ada....yang jenis mahal je lebih tapi servis biasa-biasa....yang jenis buat untuk puaskan hati pelanggan...semua keputusan ada ditangan parents tu sendiri...macam aku....ni aku cakap kalau aku la ye....dulu masa lepas aku frust dengan pengasuh alisya...aku cuba mencari taska yang terbaik dan harga yang agak berpatutan...maklum la orang kata memula nak mulakan hidup berkeluarga masih tak ada pengalaman nak control financial dengan baik...masih tak tau nak buat budget bulanan yang terbaik masa tu....so dalam kepala masa tu nak taska yang murah tapi servis tiptop...suntuk gak akal aku time tu...tak fikir mendalam yang sebenarnya aku nak kerah tenaga orang untuk menjaga anak aku dengan baik....

bagi aku tak adil untuk kita judge taska tu cekik duit parents bila dia caj memahal...memang secara dasarnya nampak mahal dan membebankan parents tu sendiri...tapi sedar kah kita anak kita tu lebih bernilai dari wang ringgit yang kita peruntukan untuk anak....memang kita ada komitmen lain..ada nak bayar rumah...kereta....utilities bil dan macam-macam lagi....plus sekali expenses untuk anak kita sendiri dan keperluan diri...sekarang ni keperluan hidup sangat mendesak dan kita pun memang tersepit dengan tuntutan hidup....

Kita ada pilihan samada nak tempatkan anak kita ditempat yang agak murah dan berpatutan bagi kita...tapi kita pernah kaji tak macam mana anak kita dijaga...siapa yang akan jaga...pemakanan dia...cara penjagaan dia...pernah tak kita fikirkan benda tu....die tidur atas apa...dia makan berapa kali sehari...banyak mana anak kita boleh makan??????? banyak kan tanda soal kalau masuk bab anak ni....sebelum kita pilih taska better la kita buat checklist untuk dapatkan taska yang terbaik untuk anak-anak kita....


Teacher/Pengasuh

Kita kena tengok jumlah teacher yang ada...sapa yang akan jadi care taker...sapa yang akan jadi main role untuk jaga anak-anak kita...kadang ada setengah taska just tangkap muat amik pekerja...amik yang jenis budak-budak yang baru habis SPM...yang cuma nak isi masa lapang...budak muda darah pun confirm tengah panas...sabar tu agak kurang...unless memang diaorg jenis sabar dan sayangkan anak-anak...suka pada budak-budak...baru datang ikhlasnye dalam jaga anak-anak kita....kalau jenis yang just nak isi masa lapang...nak carik duit poket...memang susah nak ikhlas dalam handle anak-anak...kita boleh nampak kot cara diaorg handle anak-anak kita terpaksa atau memang nak galas tugas tu dengan penuh rasa kasih dan tanggungjawab....jaga budak ni bukan kerja mudah sebenarnya...kita kena banyak sabar...sedangkan kita sendiri kat rumah senang stress bila anak-anak buat hal....tu baru 3 orang anak macam aku lah contohnya....silap haribulan memang boleh meletop...ini kan pulak teacher-teacher ni kan....tu pentingnya kita tengok samada teacher-teacher ni ada tak early childhood education...at least kalau dengan adanya sedikit ilmu mengenai dunia kanak-kanak diaorg inshaAllah dapat handle and tackle emosi anak-anak...dan diaorg pun dapat control perasaan diaorg....anak-anak pun tak trauma nak pergi taska...takut jugak ada jenis yang suka memekik kat anak-anak..ugut yang bukan-bukan...beri denda yang agak melampau...sampai budak-budak fobia nak jejak kaki ke taska.... aku sendiri berpengalaman berhadapan dengan situasi tegang bila terpaksa berhadapan dengan teacher-teacher yang tangkap muat ni...kadang-kadang masa kita amik anak muka diaorg memang agak menyakitkan hati...buat muka bila kita complain and tanya aktiviti anak-anak...
Bilangan teacher pun main peranan...bila satu kelas atau bilik tu dimasukkan ramai anak-anak cthnya dalam 10-15 orang satu bilik....tu pack sangat dah rasanya....untuk umur 1-2 tahun sepatutnya setiap teacher sepatutnya menjaga paling ramai 5 orang...sebenarnya 4org tu pun agak kelam kabut untuk diaorg handle anak-anak....so at least dalam class tu patut ada 2 teacher dan 1 care taker yang membantu atau backup teacher 2 org tu....bila dalam situasi tegang anak-anak serentak buat perangai molek...buat pesta nangis berjemaah dan tak mau lepas...at least ada teacher yang dapat tenteramkan anak-anak yang ada....ada je kes yang mana anak-anak ni dibiarkan menangis sampai tertidur dek teacher tak cukup tangan untuk handle peel masing-masing.... so kat sini la pentingnya kita lihat bilangan teacher dan care taker yang akan berkerjasama menjaga anak-anak taska...

Keadaan Luaran dan Persekitaran...

Sebelum kita register anak-anak ke taska kita patut tengok persekitaran taska tu sendiri...bersih ke tak....serabut ke tak? kalau la taska tu macam tangkap muat je...asal ada je...perabut pun macam dah lusuh...kot ada mainan kat playground tu nampak macam lusuh...rak kasut pun macam nak roboh baik la kita fikir 2 kali untuk letakkan anak kita kat tempat gitu....paling penting kita kena tengok dapur dan toilet taska tu sendiri...tengok keadaan nya..ada setengah taska dapur tu dia biarkan open gitu...bahaya pada anak-anak takut diaorg boleh keluar masuk kan bahaya sebab dapur antara tempat yang ada banyak barang-barang bahaya...air-air panas untuk buat susu...pisau gunting pun bahaya kot anak-anak kita dapat capai....toilet pulak biar la bercuci..sebab nanti takut licin boleh bahayakan anak kita....kemalangan dalam toilet lebih kronik dari terjatuh tempat biasa....tengok jugak ada ke kolam atau baldi untuk takungan air dalam toilet tu....ada ciri-ciri keselamatan tak area toilet tu...takut anak kita masuk tanpa sedar dan main air tak ke bahaya tu....

Tempat tidur dan Makan

Ni pun penting jugak...kita tengok sekali tempat tidur dia macam mana....kat mana dia akan letakkan nak kita...diaorg nanti akan tidur atas apa? beralaskan apa???ada kes aku pergi tengok memang nak menitis air mata bila tengok anak-anak tidur bergelimpangan je atas lantai hanya berlapik kan toto nipis....bantal kepam...selimut pun ntah kemana...kipas ada satu je kat hall....so nasib-nasib le nak dapat angin kipas tu....kalau tak berpanas la anak kita tu tidur....kesian sangat...aku tak jadi masuk ke dalam masa tu sebab tengok anak-anak tengah lena sikit je lagi nak sampai ke muka pintu masa tu....aku terus keluar sebab tak sanggup...dalam kepala dah fikir macam-macam.....plus masa tu aku tengok teacher die lena sama....boleh imagine tak tengah teacher tu lena ada pulak budak lain yang terjaga dan buat projek diaorg....tanpa teacher sedar...nauzubillah....
tempat makan pun sama...tengok la dapur dia...tengok la equipment dia....semua tu penting....

Menu

Make sure taska tu ada tukang masak sendiri atau diaorg amik katering sendiri...menu tu biarlah balance dan tepat seperti yang diaorg sediakan...ade kes taska kawan aku...anak-anak dia makan salted mee katanya...mak dia ingatkan mee kuning ke apa kan...sekali anak dia tunjuk plastik maggie tu diaorg sediakan...memang amik jalan mudah sungguh kan...kalau diaorg ade katering sendiri...diaorg akan fixed order untuk sebulan dan agak terjamin la makanan anak-anak kita setiap hari....kalau diaorg nak masak sendiri maksudnya teacher yang sediakan makanan...diaorg akan sediakan mana ikut diaorg sempat...end up anak kita la makan asal ada je..khasiat semua ntah kemana...makan pulak bercatu....tu pun sedih...buatnya anak kita tu jenis kuat makan...nak mengunyah je...tu yang jadi kes bila parents amik je manjang complain lapar la apa la....parents pun bingit la telinga dengar....kalau dapat carik la taska yang mengamalkan free flow concept untuk sediakan makanan....maksudnya...setiap masa akan ada makanan...sentiasa ada backup dan makan tanpa ikut jadual yang ditentukan...anak-anak nak membesar selera diaorg memang susah nak jangka...so itu pentingnya free flow concept tu...makan tanpa berkira....

Pengurusan

Bab pengurusan pun penting jugak sebenarnya....kalau pengurusan asyik bertukar tangan atau yang jenis lepas tangan..umpama melepas batuk ditangga memang risau dan tak tenang hati dibuatnya...manakan tidak...kita sebagai parents kalau nak complain apa-apa mesti melalui pegurusan taska itu sendiri..sebab teacher hanya bertanggungjawab untuk menjaga anak-anak dan tak tau banyak bab pengurusan....bila pengurusan baik....kebajikan taska pun baik memang teacher sebagai staff pun tak kan berkira untuk terus berkhidmat dengan ikhlas dalam menjaga anak-anak...dalam masa sama kebajikan anak-anak pun penting...

Aktiviti Harian

Jangan lupa bab ni ye...kita kene tau setiap aktiviti anak-anak kita selama diaorg berada di taska....kalau boleh biar la ada sedikit aktiviti pembelajaran supaya diaorg tak rasa boring dan biar diaorg leka dengan aktiviti tanpa rasa sunyi...bila sunyi tu yang buat diaorg meragam dan teringat kat parents....kita jugak susah bila teacher call anak asyik menangis kan?..sebenarnya bagus untuk anak-anak kecil ni explore dunia pembelajaran ni sedari baby...sebabnya sekarang ni dunia pembelajaran agak mencabar..tak macam dulu...darjah satu pun ada lagi yang merangkak-rangkak membaca...sekarang ni budak 2-3 tahun dah laju baca ABC...kira 1-20 at least...dah kenal Alif Ba Ta...dah boleh hafal doa makan dan masuk tandas...haaa nampak tak bezanya kita dulu dengan anak-anak sekarang....bila adanya aktivit..anak-anak akan rasa happy bila disekolah...dapat belajar dan bermain dengan kawan-kawan....ni pun dalam sedar tak sedar anak-anak kita dah develop skill lain pulak...sosial skill diaorg dalam mingle bersama kawan-kawan dan berkomunikasi dapat terbentuk dengan baik dari diaorg kecil lagi...sifat toleransi...berkerjasama...berpasukan dapat dipupuk dengan aktiviti yang ada...InshaAllah anak-anak akan cepat dan lebih bijak bila berhadapan dengan orang luar...diaorg pun akan lebih berkeyakinan dan berani untuk mencuba sesuatu yang baru dan lebih mencabar....

Secara dasarnya...dengan tips kat atas...rasanya kalau kita congak...kita kira...kita amik pusing segala hal...memang wajar kita spend lebih pada taska dan penjagaan anak-anak...memang nampak tak ada relevan secara kasarnya kita tempatkan anak-anak kita ditempat yang begini sebab kita akan kata..kita dulu masa kecik pun tak sekolah..tak ada itu ini..masuk jugak Universiti...belajar jugak sampai oversea....kita perlu ingat...dulu lain dan sekarang lain....sekarang zaman yang sangat mencabar...anak-anak pantas berfikir...dan kalau kita terlambat tak mustahil anak-anak kita akan tercicir...invest la lebih pada penjagaan anak-anak...sebabnya diaorg tu harta yang sangat berharga dan tiada nilai yang dapat gantikan dengan diaorg....biarlah bayar lebih....asalkan anak selesa...kita berhutang masa dengan diaorg...kita berhutang perhatian dengan diaorg...memang selayaknya kita berikan anak-anak tempat yang mampu menggembirakan diaorg....dalam masa sama hati kita pun tenang seharian di pejabat sebab kita tau anak-anak kita selesa dan happy dengan kawan-kawan dan teacher di taska.





Tuesday, March 31, 2015

Taska..... Pengasuh.... Mak Ayah... Sedara Mara

haaaa ni topik macam best setelah sekian lama aku tak menaip....rajin nya ntah bila-bila...malas je yang selalu...hahahahhaa...banyak idea nak tulis dan kongsikan...masa tu yang macam tak berapa nak cukup....al maklum la anak dah tiga kan..memang suntuk sangat masanya....

PENGASUH

jom kita diskas dan bagi pro n kons dalam topik kat atas....rata-rata dulu orang kata better la hantar pergi ke pengasuh ddari hantar taska sebab boleh fokus...tak ramai sangat budak macam dalam taska...kes pun jarang terjadi dengan pengasuh ni sebab direct dengan parents....betul...aku setuju part tu...aku dulu pun berpendirian macam tu...aku nak terbaik untuk anak aku....realitinya mana ada mak ayah nak bagi benda yang kurang baik untuk anak-anak unless la mak ayah dia ada masalah yang tersendiri....dulu masa aku duduk kajang memang aku lebih selesa untuk letakkan alisya pada pengasuh sebab bagi aku yang baru jadi mama ni..dengan financial yang tak berapa nak stabil time tu memang aku fikir pengasuh adalah pilihan terbaik aku....dengan bayaran bulanan yang tak sampai RM250 aku sangat selesa biarkan anak aku bersama pengasuh...kebetulan nasib aku agak baik...akak pengasuh tu memang teringinkan bby girl sebab die dah ada hero 2 orang.....tapi ada gak yang tak bestnya sebab kadang dengan senang lenang ko balik keje nak amik anak sekali tengok dpt sms kata anak ko ikut die g jusco beli barang.....bagi aku bukan apa...aku rasa macam anak aku ni menganggu jadual dia nak bersama keluarga...kot la kan time weekdays laki die plan nak cuti n ajk jejalan sebab weekend pack dah die terpaksa cuti mengejut dan dengan aku sekali terkena tempias tu...haa nampak tak.....itu ok le kan....belum masuk bab cuti raya nak balik kampung..menangis gak aku mikirkan cuti time tu.....kita plan lain kena pulak ubah last minit sebab babysitter nak cuti panjang blk kampung dia dan husband dia.....bab baju ke semua barang anak-anak aku memang bersyukur dapat ibu alisya ni sebab dia memang sangat tak berkira....dia basuhkan...dia masakkan kalau aku tak sempat buatkan bubur alisya time tu...pendek cerita dia tak berkira mungkin sebab dia memang ada ank kecik...so kalau masak tu masak sekali semua so sampai masa suap makan je la....basuh baju pun gitu....memang senang bab tu....aku memang suka dengan cara ibu alisya jaga dia...walau bukan 100% baik tapi aku tetap puas hati...sampai la dia mengandung balik dan alisya terpaksa bertukar babysitter lain....dan babysitter ni memang berbeza bagai langit dengan bumi antara ibu die sebelum ni....kalau dulu alisya terjaga..botol basuh bersih...makan terjaga...tapi sekarang even aku bagi dia lauk untuk masak kalau aku tak sempat pun dia tak bagi alisya time tu....aku dapat tangkap dia bagi alisya makan nestum je hari-hari..padahal dengan aku memang aku cuba minimize kan mengambilan makanan dalam tin untuk anak aku...botol berkerak...alisya selalu kena buli...kene cubit dan tolak dengan cucu dia...sian anak aku time tu dah le halus melidi...disebabkan aku tak ada option time tu aku tahankan perasaan tengok anak aku kena layan macam tu....tapi Allah tu maha Adil..satu hari aku nampak alisya kene dukung masa arwah suami babysitter tengah merokok...alisya memang kerap batuk sejak duduk dengan babysitter dia yang baru tu....dan masa tu aku pesan elok-elok alisya tak boleh kena asap rokok semua...terus anak dia sms aku cakap esok dia dah tak nak jaga anak aku sebab aku banyak hal...bayangkan betapa suka hatinya dia nak ambik ke tak nak anak aku....masa tu memang aku pun nekad tak nak hantar alisya...risau pulak kalau aku hantar jugak dia akan apa-apakan alisya....aku nekad carik taska pulak kali ni....rasanya dah sampai masanya aku bagi yang terbaik untuk anak aku masa tu...kalau terpaksa berkorban pun aku sanggup demi anak aku selesa time tu....so bermula la episod aku mengagau carik taska.....masa tu aku dapat a few taska area purajaya pecint 9.....satu tu rumah orang...tengok ramai budaknya...macam tak terjaga....meleleh je hingus anak-anak yang ada....sian tengok diaorg...aku kalau dah tengok macam tu mula la sayukan...tak jadi.....carik lagi....dapat jugak area precint 9 jugak rumah orang jugak tapi dia ambik beberapa rumah berdekatan dia buat taska...rate boleh tahan la masa tu....tapi hati aku tetap berat nak lepaskan anak aku kat situ...sebabnya budak terlalu ramai....rumah tu bertangga dan aku tengok botol susu anak-anak bergelimpangan....last choice aku jumpa satu taska ni...ada building sendiri...belakang je dari taska rumah-rumah tu...yang ni walau tak sesempurna mana aku rasa anak aku akan selamat kat situ....

TASKA

so bermula dari situ aku tawakal sepenuh hati hanya pada Allah bila aku letak alisya dekat taska....hari pertama nampak macam ok...teacher dia semakin lama semakin rapat dan sayang pada alisya....nak kata jaga bagus sangat tu tak ada la...tapi ok le dari babysitter nightmare sebelum tu...aku pun lelama senang hati tengok perkembangan anak aku....apa yang dapat aku lihat...aku rasa baik lah kita letakkan anak kita ni di taska...sebabnya...anak-anak dapat belajar lebih bila di taska...dapat belajar berkawan...dapat belajar bawak diri...teacher pun lebih fokus pada anak-anak kita sebabnya kerja die memang menjaga anak...itu amanah diaorg...so nak tak nak memang diaorg kene all out....di taska tu aku nampak alisya semakin bijak...pandai mengira...belajar dalam masa sama dia bermain...dalam masa sama juga dia tau bawak diri dia...yesss memang dia kanak-kanak...tapi dia tetap dapat sesuaikan diri dia dengan keadaan....memang dapat bezakan anak-anak yang kita tempatkan di taska..babysitter atau parents atau sedara mara ni....taska semua ikut masa..berjadual...time makan semua fixed...ada cakap kesian diaorg sebab nanti anak-anak macam kene paksa tidur siap cakap anak-anak kene ubat tidur...aku memula takut la jugak kan...tapi bila aku tengok alisya memang aktif dan tau anak aku selamat kat taska tu...

SEDARA MARA / ATOK NENEK

ni memang banyak terjadi sekarang...kita tak ada pilihan terpaksa tinggalkan anak-anak pada mak ayah kita atau sedara mara....hurmmm nak komen bab ni aku rasa macam tak patut kita tinggalkan anak-anak kita dekat sedara mara sebabnya bagi aku bab anak biarla ianya tiada kaitan dengan sedar mara atau mak abah kita...bukan apa...mulut ni ringan nak menegur kalau ada yang tak kena...nak pulak kalau kita hantar pada mak abah kita...memang diaorg nak...cakap tak percaya orang la..nak bagi yang terbaik untuk cucu la...tapi betul ke itu yang terbaik bila cara didikan tu tak kena dimata kita sebagai mak ayah anak kita sendiri..sudahnya kita makan hati bermasam muka dan dalam tak langsung akan keruhkan hubungan yang sebelum ni indah terjalin...bagi aku cukup-cukup lah mak abah...aku dan mak abah syah sibuk membesarkan kami selama ni...bab cucu-cucu ni biarla kami uruskan...sekarang dah tua bukan masa sesuai untuk diaorg bersama dengan anak-anak kecil walau atas dasar percaya ke apa....kesian kami lebih banyak pada mak abah yang terpaksa berkejar-kejar masak..uruskan hal rumah...uruskan cucu dalam usia yang sepatutnya dia rehat dan beribadat....macam tu jugak kalau dengan sedara mara...nak-nak pulak sedara tu ada anak sebaya dengan anak kita...huhuhuhuhu...ank tegur silap...tak tegur kita pulak makan hati...baiklah kita berurusan dengan orang yang kita tak kenal dalam menguruskan anak...jangan gunakan alasan keselamatan semata untuk dijadikan tiket kita buat macam tu...bagi diaorg mak abah kita niat diaorg baik...nak senangkan anak-anak...nak make sure cucu selamat....nak yang terbaik untuk cucu...

maaf la aku tau isu ni sensitif esp bila berkait dengan mak abh....bukan aku nak cakap besar...tapi dari hari pertama anak aku dilahirkan memang aku nekad aku tak nak susahkan sesiapa termasuk mak abah aku n mummy daddy...bukan aku riak ke bongkak...tapi aku kesian...aku tak nak diaorg rasa terbeban dek anak-anak aku...aku tak nak anak-anak aku terdidik dengan lebihan kasih sayang yang melampau sebab kita tau memang kasih sayang atok nenek ni memang tak ada batas...terlalu sayang...semua betul tak ada silapnya kalau itu adalah cucu....bukan aku kedekut kasih sayang anak-anak....aku sayangkan anak-anak dan mak abah serta mummy daddy la aku tak nak susahkan diaorg...mungkin la ada alasan parents lain yang terpaksa letak anak-anak pada sedara mara atau parents kita....

bagi aku....taska tu pulak bukan la 100% terbaik...ada jugak cacat cela nya....kalau silap langkah memang boleh makan hati jugak....nak anak-anak selesa kita berkorban la...korban masa..korban duit untuk bayar yuran yang lebih untuk anak-anak....

nanti aku share kenapa pulak taska tu terbaik...macam mana nak pilih taska yang terbaik untuk anak-anak....ingat ye untuk ANAK-ANAK....

Thursday, October 2, 2014

:: Kenalkah kita dengan anak-anak kita ::

soalan yang menarik kan?

Kenal ke kita dengan setiap karakter anak-anak kita?

Mencabar ke bila anak-anak kita semakin membesar?

Apa solution yang terbaik untuk kita handle perangai setiap anak-anak kita?

Kalau anak kita baro sorang je...mungkin la kita akan belek anak tu je...hahahaha...tu pun bukan tiket untuk kita kenal anak tu 100%...sebabnya? kalau kita ibu bekerjaya...berapa sangat masa kita dengan anak-anak kita....mungkin dalam 24 jam tu...kita hanya ada masa 8 jam untuk kenal anak-anak kita....weekend mungkin lebih... 8 jam ni secara kasar je...ni kalau jenis budak-budak yang sepesen anak-anak aku...jenis mata susah nak lelap...kalau kena yang jenis tidur cepat tu...lagi la limited masa kita dengan anak-anak.....dan ni jugak applicable untuk ibu berkerjaya macam aku....yang mana pukul 8.30am masuk... balik sharp 5.30pm....nak kata amik kerja luar ke....kerja OT ke?outstation sana sini...meeting sampai malam...tu lagi limit masa dengan anak-anak....so bila tu kita nak kenal anak-anak kita?

sekarang ni...macam situasi aku...aku ada 3 org anak-anak comel...anak-anak solehah dan anak soleh yang aku tau memang sangat mencabar kesabaran aku kadang-kadang...tapi kebanyakan masa diaorg sebenarnya dunia aku...yess dunia aku...anak-anak dan suami dunia aku...bukan aku menidakkan dunia aku sebelum ni...hidup bersama mak abah dan keluarga aku...tapi sekarang bila dah berkeluarga sendiri aku juga teringin untuk rasa penat jerih mak dan abah aku membesarkan kami adik beradik....dan aku tengah lalui fasa tu...aku tengah merasa penat jerih tu....yang mana kadang benda tu boleh buatkan aku stress...tapi selebihnya buat aku tersenyum sendiri dekat ofis mengenangkan peel anak-anak....bila bercerita dengan shuben...bercerita dengan kawan-kawan ofis...kawan-kawan virtual aku...aku akan tersenyum...gelak berdekah mengenangkan peel anak-anak....

ok balik pada persoalan kenal ke kita dengan anak-anak?

macam aku....aku dah nampak sikit karakter anak-anak aku....alisya...anak sulung....anak yang sulung memang jenis yang protective...seorang yang selalu nak kan kemenangan...dia je nak lebih...dia je nak betul...dia je yang bagus...hahahahaha...dia nak adik-adik dia pandang tinggi dia...dia nak adik-adik dia jadi pengikut setia dia.....orang kata anak sulung ni berdikari dan manja....aku setuju gak tu...alisya memang sangat berdikari...dia faham sedari baby lagi dia kena berkorban masa lepaskan mama papa pergi kerja tinggalkan dia...duduk sendiri dengan ibu dia masa tu....dia memang berdikari....mudah juga jaga dia masa dia baby...tapi bab tidur aku memang kalah dengan dia....dia punya mata serigala kot...payah sangat nak tidur....mungkin sebab dia cepat dapat adik tu yang menyebabkan dia lebih berdikari dan faham kasih sayang dia harus dibahagikan dengan adik dia.....aku peratikan mostly anak sulung ni...dia punya tahap attention seeker tu sangat tinggi...mungkin sebab dia dahagakan kasih sayang atau dia sedang bergelut dengan emosi dia yang terpaksa berkongsi kasih dengan adik baru dia....sebelum ni...dia la pengarang jantung mama dan papa....dia je manja mama papa....dan bila jadi macam tu dia mula ubah peel dia...dia mula ubah karakter dia...semata-mata nak tarik perhatian mama dan papa...dia mula buat perangai yang menyakitkan hati mama papa...dia mula jadikan adik dia mangsa....sedar tak sedar dia dah jadi pendendam bila mama papa pulak terpaksa backup adik...bukan backup dengan niat untuk down kan dia...tapi sebab adik tu masih kecik dan baby....dia tak faham apa-apa....dan mama papa pun lupa yang anak sulung dia pun masih baby....baby dewasa yang juga perlukan perhatian mama papa...dulu aku suka cakap papa selalu lebihkan alisya dari adelia....masa tu aku buta...aku tak nampak rupanya tindakan papa tu betul...bila aku banyak luangkan masa dengan adelia...adelia jadi sangat bergantung pada aku....adelia sangat dekat dengan aku...dan itu yang membuatkan alisya jauh hati dan dia mula buat perangai yang boleh buat aku mudah mengamok dan marah dia bila dia mula uji tahap keimanan aku.....dan masa tu papa datang sebagai penyelamat...papa cuba untuk sejukkan hati dia...dia masih ada papa...papa masih boleh bagi sepenuh perhatian pada dia...walau kadang-kadang memang papa pun jadi bahan uji kaji dia...hahahaha...anak-anak sentiasa menguji bukan? dan akui alisya memang sangat menguji aku...alisya juga yang pandai ambil hati...alisya bijak berkata-kata....alisya bijak bawak diri....alisya sangat friendly....sekarang bila dia dah makin membesar...dia makin pandai menilai...menilai ikut tahap penilaian dia yang tak matang....menilai dengan apa yang dia rasa dan lihat.....lihat pada tindakan papa mama...dia kadang dah pandai jauh hati dengan mama papa bila adelia yang didulukan....macam mana nak cakap kan....bukan membezakan kasih sayang antara anak-anak...nauzubilla minzalik....aku tak nak anak-anak aku terasa hati dengan pembahagian kasih saynag yang tak adil...sakit sangat rasanya....disebabkan inginkan perhatian...dulu dia dimanja oleh semua..sebabnya dulu dia umpama berlian pada semua orang..mama..papa...atok..nenek..wan.. atok...tapi bila dah ramai pesaing...adik-adik..sepupu-sepupu yang sebaya dengan dia...dia jadi lebih agresif dalam mencarik diri dia...dengan pengaruh tv...dia dah mula macam-macam...pengaruh rakan sebaya lagi...aku dah mula mengandaikan macam-macam bila dia semakin membesar dan berkawan...aku sebenarnya kena jadi kawan baik dia...aku sebenarnya kene jadi telinga dan bahu dia....aku yang kena bertindak dengan rasional.....dia mudah dibawak berbincang....untung sebenarnya aku punya seorang anak perempuan yang pandai bawak diri....tapi tu la...kadang aku bila marah...aku jadi lupa...jadi tak rasional....

adelia...anak tengah....papa selalu cakap...kesian anak tengah ni...macam kurang kasih sayang....aku tak nampak celah mana kurangnya kasih sayang tu....anak no.2 karakter dia sebenarnya agresif dalam diam...nampak diam...nampak anti sosial...tapi hati dia....kering nya Allah je tau...kepala dia macam ada batu besar....keras bukan main...hahahaha...aku kadang surrender dengan dia...dulu sebelum ada adik dia memang manja....memang aku akui..kadang kakak menjadi mangsa hanya disebabkan dia....dulu kakak beralah...tapi sekarang dia dah pandai ungkit...mama papa sayangkan kak ngah je...semua orang benci kakak...semua orang tak suka kakak....jujurnya aku sebagai mama memang luruh jantung bila anak berkata macam tu...mana mungkin aku tak sayang dia.....kalau la mama mampu puaskan hati semua anak-anak mama....anak tengah ni kita kene pandai ambik hati dia...kena cakap lembut-lembut...kena pandai bertoleransi dengan dia...kene pandai hargai setiap tindakan dia...masa tu baru hati dia kana cair sikit....masa tu baru kepala dia akan lembut sikit...sangat tak suka bila dipaksa dengan kasar...dia akan jadi lebih agresif dan membatu dengan muka tak ada perasaan...kalau dengan kakak kita masih boleh bertoleransi...boleh ade perbincangan...tapi tidak dengan adelia....dia pun jenis manja...sebab aku ke yang lebih manjakan dia?eeerrrmmm rasanya tak..sebab aku ni orang tau dah macam mak singa dengan anak-anak...hahahaha...dah le diaorg gemar bergaduh kan....mana la mama tak memekik manjang kan....walau dalam kereta...pekik tetap pekik...jerit tetap jerit...baru rasa puas tu datang...hahahahaha...nak buat apa-apa pun yang melibatkan adelia...kene pandai tackle hati dia...kena pandai susun ayat supaya dia tau yang dia la yang diutamskan...bila bercakap macam tu kakak yang dengar akan berasap telinga...maka dari situ la timbul ketidakpuasan hati kakak dan tuduh mama papa sayangkan kak ngah.....nampak tak delima mama papa kat situ....cuba melindungi adik...tapi disalah ertikan oleh kakak....dah jenuh mama papa kene explain sebenarnya mama papa buat tu bersebab....kakak dia jenis menonjol...jenis suka kan perhatian...jenis yang nak orang selalu puji dan hargai dia....jadi bila dia rasa ada pencabar dia mula rasa tak selamat.....kak ngah jenisnya yang nampak mudah dibentuk tapi secara dasarnya dia jenis keras kepala dan bukan jenis verbal action....dia kena contact action...tak boleh hanya bercakap dan harapkan dia bertindak...contoh kalau kejutkan dia bangun...tak boleh hanya kejut manja-manja.... "kak ngah bangun...kak ngah bangun syg nak pergi scholl" no dia bukan jenis tu...dia jenis yang angkat dia...peluk....dan masa tu baru cakap... " bangun syg kita mandi nak pergi scholl" papa kata tak elok kejut gitu nanti dia terkejut dan menangis...tapi sebenarnya dia tak nampak yang anak dia jenis yang nak kan tindakan bukan perkataan semata-mata....dia nak kan body contact tu ada selain dari belaian secara verbal....owh yes...sekarang kak ngah bintang hati papa...bukan beza ye..tapi dia sekarang papa's girl.....sebab kata papa...hanya papa je yang faham dia sebab mereka sama-sama anak no.2....hahahahaha...boleh itu ye papa???..mama nak carik geng macam mustahil pulak sebab mama anak no.6...pengsan mama kalau nak sampai kesitu....

dan sekarang aku tengah mengkaji peel imam muda aku.... Khaleef Amsyar.... ape peel dia aku masih kaji...masih nak tau apa jenis kataktor dia....tapi yang aku nampak dia ada peel alisya..berdikari...pandai bawak diri dan bermain sendiri....baran dan manja ada macam kak ngah sikit....happy macam kakak......

anak-anak sentiasa mengajar kita...sentiasa menguji kita...betul le kata orang...anak itu madu...anak itu racun...anak itu penawar....bahagia punya anak memang tak ada nilai...biarla orang nak kata apa sekalipun...sebab hanya kita yang tau siapa anak kita...kehendak anak kita....kemahuan anak kita....cuba la jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak...jadilah sahabat dan bahu yang empuk untuk anak-anak...moga aku dan shuben berjaya berikan yang terbaik untuk anak-anak....masih belajar...masih baru dalam institusi keibu bapaan ni...hahahahaha...

good luck to me...and good luck to all...belajar mengenal anak tiada ruginya sebab mereka adalah saham akhirat kita nanti.....



Thursday, September 4, 2014

:: Ujian Bertingkek-tingkek Part 3::

Jom sambung setelah lama aku rehat....

esoknya lepas aku uruskan hal taska anak...aku serah diri balik kat Hospital...memang berdebar sebab ada aku baca doktor akan masukkan kamera dalam mulut hidup-hidup dan aku akan nampak isi perut aku time tu....owwhhh no...aku seriau dengar benda tu semua....

so pagi tu aku relakan diri aku....nasib aku baik sebab doktor kata nak bagi aku tidur lena sepanjang prosedur tu...fffuuhhh lega sikit aku dengar....at least aku tak tau apa jadi kan....aku masuk dalam pukul 11.00 am...prosedure kejap je...dalam pukul 11.45am aku sedar....rasa nama aku dipanggil sayup-sayup.....masa tu nurse dah tolak aku masuk ward....aku rehat sekejap sementara tunggu result dari doktor....aku memang harap masa tu tak ada apa-apa...aku harap masa tu cuma ada asid gastrik yang berlebihan....atau mungkin perut aku ada ulser sikit je la....

lepas lunch doktor datang dengan senyuman...aku pun senyum balik...mesti good news ni bila tengok muka doktor gitu kan....confident sangat aku time tu...hihihihi...dia mula cakap macam biasa....tapi lelama macam sesuatu lak....dia kata dia nampak ada batu dalam hempedu aku....agak banyak dan aku memang kena operate sekali lagi untuk buang batu dalam hempedu....operation????? again????... aku terus down...serius memang aku sangat down bila doktor kata aku kene operate jugak sebab aku dah terlalu kerap kene gastrik....dia takut batu tu termasuk dalam pankreas dah cerita lain pulak timbul....aku cuba carik pilihan untuk elakkan dari di operate....doktor kata kalau aku biarkan mungkin aku akan lagi sakit dan bahaya untuk aku....bayangkan aku terima berita tu saat aku sorang-sorang....shuben aku kat ofis...anak-anak dekat skul....hanya aku je time tu...aku sorang....huhuhuhuhuh....aku call shuben aku time tu....aku cerita sambil nangis sebab aku memang tak tau macam mana nak handle perasaan tu....sebab belum sampai sebulan aku masuk OT....buat operation batu..sekarang keluar lak kes batu yang lain....mana la aku tak down....shuben aku suruh aku terus operation sebab kata dia..dia kesian tengok aku sakit....haih....aku kalau boleh nak elakkan...tapi aku fikir balik...kalau aku asyik kerap sakit kesian dekat anak-anak aku....dengan terpaksa aku relakan...tapi dalam masa yang sama aku mintak doktor transfer kan aku ke single room....petang tu aku call mak kat ipoh...mengadu menangis lagi...dah mak aku pulak mengelupor kat ipoh dengar aku menangis-menangis call die....dia memang sensitif kalau dengar orang menangis kat phone....agak fobia lepas kes lepas.....tapi aku terpaksa...aku memang tak dapat kawal emosi....

doktor decide esoknye aku kene operate....aku mintak izin doktor aku nak balik rumah malam tu..aku nak prepare mana yang patut...dokto izinkan aku balik...dalam masa sama...mak aku berkejar nak datang seremban sebab nak teman aku dan dalam masa sama tolong jagakan hero aku....kalau kakak-kakak dia aku tau papa boleh tolong jagakan...bila masuk bab Khaleef aku tak rasa papa mampu handle...kesian papa....kesian anak-anak....malam tu jugak mak aku dah sampai shah alam rumah kakak aku....syukur mak aku ada untuk jagakan hero aku....sebelum balik doktor amik darah aku untuk dihantar ke lab sebab dia kata hati aku macam bengkak sikit...

pagi esoknya...aku terus check in bilik baru....tunggu dengan debar...turn untuk masuk OT....masa tu semua ada...anak-anak..shuben...kakak dan mak aku....paling sedih bila time aku nak masuk OT alisya menangis...sedih bukan main dia....dia tak nak mama mati...tumpah jugak air mata aku time tu....sampai je bilik OT....syukur aku dapat pakar bius Muslim...dia ajak aku selawat...mengucap...istighfar....ikut dia baca sepanjang dia nak bius aku...sebab kata dia...kita tak tau apa akan jadi masa operation tu nanti...boleh tak korang imagine perasaan aku time tu....memang rasa macam ini la saat terakhir aku tengok dunia...kebetulan jiran aku memang ada sekali bertugas dalam OT time tu....so dia tolong tenangkan aku....syukur...dalam bersyahadah tu aku terlena.....

lepas aku sedar...aku dipantau lagi kat OT punya observation section....bukak je mata tekak aku terasa perit....perut rasa sakit teramat.....bukak je mata kakak jiran tu ada sebelah aku...dengan dia aku mengadu.....aku sakit sangat....dia bagi tau doktor dan doktor up kan dose morfin aku....sakit reda sekejap...memang sakit operation tu...aku tak tipu...sakit sama macam czer....agak dah stabil...diaorg tolak masuk ward.....aku masuk OT pukul 10.30am....habis selesai dalam pukul 1.30ptg...masuk ward dekat pukul 3.00pm....masuk je ward...aku tengok hero aku tengah tido....memang aku tak mampu nak bersuara...nak bercakap lebih pun sakit....tapi tengok hero aku....lega sikit sakitnya....mula la episod aku berpantang macam orang bersalin....serius sakit macam sakit bersalin...nak bergerak ke kiri kekanan memang menyakitkan....luka memang kecik tapi tetap sakit....mungkin sebab ni laparoskopik aku yang kedua so memang bagi aku sakit dia berganda dan berbeza dari tahun sebelum ni....

kali ni aku ditebuk 4 lubang....dan paling menyakitkan aku masa tu adalah kat pusat aku.....pusat tu kena jahit pulak kali ni....huhuhuhuhu...

lepas operation makan kena jaga....doktor tak bagi makan banyak sekali harung....aku try jugak sebab lapar sangat....aku keluar OT memang tak boleh makan apa-apa...minum air pun air masak je boleh...kene bertahan sampai esok pagi...bayangkan tahap lapar aku macam mana....nasib baik masuk drip...dapat gak supply susu untuk khaleef masa tu.....bila dapat makan...aku makan lebih sikit dah sesak nafas.....angin kali ni memang tersangat la hebat...pergerakan aku sangat terbatas....aku nak ke kiri dan ke kanan kena bergerak perlahan....memang sebijik masa aku lepas ceaser dulu...nasib baik mak aku ada tolong jagakan aku dan anak-anak....tq ye mak...hihihihihi...

so pada aku jaga la permakanan kan....kita tak tau sakit tu nak datang menyerang macam mana....macam aku bila ingatkan balik kronologi sakit aku tu memang tak sanggup rasanya...memang aku tak dapat nak imagine menahan kesakitan tu macam mana.....dan setiap kejadian tu ada hikmahnya....harap aku lepas ni lebih menjaga pemakanan...jaga diri demi suami dan anak-anak...

:: Track je ::